Saturday, 21 July 2012

- KUBUR BERKATA-KATA......




Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?
Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

* masha allah...nauzubillahminzalikk......ya allah 
kau kuatkn iman aq...ya allah...sesuunggunya aq takut utk hidup di didunia kau ini...









Wednesday, 4 July 2012





semoga kita sentiasa berfikiran  positif,,,termasuklah saya tau!!!!


Friday, 29 June 2012

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini........



• Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.

• Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.

• Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita... :-)









KISAH BERTUDUNG LABUH.. :')

Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.

Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!

Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.

Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.

Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

P/s : Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.

# Pendamba al Jannah
 

*.... aq hanya manusia biasa,,,tetapi hati ku jua dambakn...keindahan islam itu...semoga allah membuka hati aq...[amin] 




Wednesday, 20 June 2012


Al-Quran : Surah Ar-Rahman Ayat 19-21
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
AIR SUNGAI TIDAK BERCANTUM DI DASU, INDUS KOHISTAN

[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;



AIR TIDAK BERCANTUM DI TELUK ALASKAN



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV`Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .
Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
SUBHANALLAH!!!
<shafie rawi=""></shafie>

~subhanallah..sesungguhnya segala apa yg terkandung didalam al-quran itu benar...~



Wednesday, 13 June 2012



Sejahat-jahat keburukan adalah perbuatan mengira keburukan orang lain, sedangkan 

keburukan itu terdapat dalam diri kita sendiri.

Hentikanlah men'dosa'kan sesama manusia, dosa silam dan kejahilan masa lampau adalah 

kesilapan seseorang.

Namun,siapa kita untuk menghukum? Allah jua yang lebih mengetahui tahap Iman dalam 

diri hamba-NYA.. :)


keterPakSaan.



Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ,padahal ia buruk bagimu,tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
~sura al-baQarah ayat 216~

kejayaan dan ertinya




Kejayaan adalah sesuatu yang amat subjektif, dan ianya membawa banyak makna yang berlainan kepada orang lain.
Ada yang menyangkakan bahawa mereka mendapat kejayaan ini adalah kerana mereka berusaha dan dengan penat lelah dan juga kerja teruk merekalah yang mereka berjaya. hmmmmm.
Walaupun kerja keras itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan dalam emncapai kejayaan, tetapi tanpa kasihan ALLAH, maka tak kana berjaya walau setakat mana kerasa sekalipun kita bekerja. Kita harus melakukan apa yang harus dilakukan dan kejayaan adalah hak Allah.
Allah saja yang memberikan kejayaan, dengan izin allah , maka seseorang itu boleh berjaya. Jadi kejayaan itu sebenarnya adalah milik Allah dan bukan milik kita. Kita dipilih oleh Allah untuk diberikan kejayaan tersebut. Dan ini sebenarnya tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita gunakan kejayaan ini untuk menambah nilai kepada orang lain .

Sekiranya anda diberikan kejayaan dalam apa jua perkara maka pertama sekali anda harus faham kejayaan itu bukan milik anda sebaliknya milik ALLAH, dan anda hanya di berikan kejayaan itu supaya dengan kejayaan itu anda boleh membantu orang lain untuk juga berjaya.
Jadi, bagi AbangAbu kejayaan adalah satu pemberian kepada orang yang dipilih mengikut usaha mereka , dan dipertanggungjawabkan untuk membantu orang lain juga berjaya.
Jadi jika seseorang itu angkuh dan riak akan kejayaan, maka dia tidak faham akan kebenaran sebenar kejayaan ini. Fikir-fikirkan lah, Semua orang boleh berjaya dan sebenarnya semua orang dilahirkan sebagai orang yang berjaya.
Abang Abu

Tuesday, 29 May 2012

warkah buat syakirah



malam tadi semasa saya temankn adik saya  saya buat homework..sambil buka fb...kwn dia telah meluahkan perasaan kat adik saya...saya sedih dengat cerita kawan  adik saya...
..........................................................................................................................................
wahai adikku syakirah
janganlah menangis akan  perpisahan ,,tetapi menagislah akan pertemuan kerna tiada pertemuan tiadalah perpisahan....
bersyukurlah adikku syakira kerna ..allah telah menunjukkan  sifat sebenar dia,,,tetapi ..janganlah kamu tinggalkan dia..bimbinglah ia ke arah kebaikan..
adikku syakirah
 semua manusia itu baik kalau syakirah dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau syakirah
melihat keunikanya .Tetapi semua manusia itu akn buruk dan membosankan kalau syakirah tidak dapat  melihat keduanya

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan. 

jika kejahatan dibalas kejahatan,maka itu adalah dendam.Jika kebaikan dibalas kebaikan 
itu adalah perkara luar biasa.Jika kebaikan  dibalas kejahatan  itu adalah zalim.Tapi jika kejahatan  dibalas kebaikan,itu adalah  mulia dan terpuji
syakirah,,,terima kasih kerana menjadi sahabat kpd murni...
syakirah,,,jadikan peristiwa itu sebagai sempadan 
biarlah seribu pun x nak b'kwn dgn kamu tetapi  kamu masih bermodalkan kasih allah
adikku syakirah jgn jadikkan peristiwa ini sebagai beban untuk difikirkan,,,biarlah peristiwa ini berlalu...seringkan berkhalwat dengan ALLAH AZZA WA JALLA insya allah 
pasti  allah akan memberikan  jalan utk hambanya...

 A good friends is like  a computer:::
he enters your life
saves your in his heart
formats your problem
and never delete you his memory

good friends are like stars,
you don't alwasy see them,but you knows they're always there








 

Saturday, 26 May 2012

Puisi..


 Org yg menyintai iIlahi 
Dirinya tak keluh-kesah 
Apabila ditimpa ujian
kerana dia yakin dgn  kasih Tuhan 

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya 
Tidak melatah  apabila orang tersayang dirampas 
Kerana  walau dia kehilangan 
Dia masih bermodalkan cinta ilahi  

Orang yang benar-benar  menghayati  cintanya kepada illahi
Sentiasa pasrah kepada Nya 
Sabar menempuh ujian  itu 
Kerana dia tahu  ujian itu adalah  
Tarbiah daripadaNya 

Orang yang benar-benar mencinta illahi 
Juga  harapkan kebahagian  di dunia 
Tetapi jika tak dapat  dimiliki 
Dia harapkan keindahan "di sana"
Kerana dunia  ini hanya pinjaman 
Dan dirinya hanya  "barang pinjaman"
Yang dipinjam untuk sementara di dunia  ini

Hasil nukilan:Naurah Musyahidah




BOsaN tAhAp ciPaN


Ada  suara yg m'ungkapkan "boringlah hidup ini" !!!..kalimah bosan dilontarkn jauh -jauh dgn harapan ia tdk akn wujud dlm kamus hidupnye.......
hakikatnye itulah  jiwa yg kosong...Jiwa yg sifar matlamat .jiwa itulah yg juga akn berpegang dgn budaya hedonisme demi menghibur hati dan m'isi kekosongan  jiwa semata-mata.
seorg lelaki berkejaya akn terkeja-keja agar tanggungjawabnye sebagai khalifah dpt dilaksanakan dgn cemerlang dan pada masa yg sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat .Dunia dan akhiratnye disepadukan..
jiwa yg kaya akn sibuk hinggakan masa yg ada tdk m'cukpi.Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah di lahirkn di dunia .Mereka hamba , mereka jugalah pepimpin [khalifah].ingatlah firman allah yg bermaksud :"tidak aku jadikn jin dan manusia kecuali utk beribadah ."(surah Dhariyat 51:56)
Allah juga berfirman yang bermaksud :"ingatlah ketika tuhanmu berfirman kpd para malaikat "sesungguhnya Aku hendak m'jadikan seorg khalifah di muka bumi ."(surah albaqarah 2:30)
Dua misi inilah yg akn m'buatkn kita begitu sibuk didunia sehingga tdk punya masa untuk bergelumang dgn maksiat  


*ya allah jauhkan aku daripada kelalaian di dunia[amin]



Monday, 21 May 2012

‎"Apa Ada Dengan Rejab?"




PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.


Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.






kaabah dari sudut sains


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.






‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

*silakan share* 
copy paste
subhanaallah..akan ku jejakan kaki ku tanah suci itu..insya allah
p/s : Bila dah cukup sedia boleh lah tunaikan kewajipan kita..